.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Friday, December 18, 2009

mainan tidur vs mainan perasaan.

makin hari makin takut
setiap kali tiba waktunya
aku teragak-agak
percaya atau tak, aku takut untuk tidur.

sebab aku tahu tiap kali aku tidur
mimpi itu akan datang
ya! mimpi tentang engkau
engkau yang sudah jauh.

aku seboleh mencuba untuk menjauh
tapi mana mungkin aku menjauh jika engkau merapat
mana mungkin aku lupa jika engkau kerap mengingat
sudah-sudahlah
just forget about me and carry on with your life as i do with mine.

aku rasa sebelum tidur aku sudah berdoa
mungkinkah dalam doa aku meminta untuk berjumpa engkau?
tidak! tapi kenapa engkau tetap muncul?
dan kenapa aku tidak mengelak.

aku tak tipu bila aku kata aku sudah meneruskan hidup
aku tak tipu bila aku kata aku mendoakan kebahagiaan kau
aku tak tipu bila aku kata aku tak rindukan kau
atau sebenarnya, aku menipu tentang itu?

aku berbisik pada diri sendiri
mimpi hanya mainan tidur
kini aku keliru
mungkinkah ia mainan perasaan jua?

aku takut untuk melelapkan mata
tapi aku enggan untuk terjaga.

tahniah untuk kau kerana berjaya menakutkan aku
kau harus tahu bahawa
walau dalam mimpi, aku tak mahu berjumpa kau,
APATAH LAGI DI ALAM REALITI.

Thursday, December 17, 2009

duit itu pencuri.

masa itu emas.
emas itu mahal.
mahal itu duit.
duit itu kerja.

jadi, masa=kerja.

ok ok
saya faham!

patutlah saya sendirian lagi.
dan lagi.
dan lagi.
dan lagi.

sampai bila?

Wednesday, December 16, 2009

kau hantu atau bukan?

kanan, tiada
kiri, tiada
atas, bawah, depan, belakang
masih jua tiada.

oh kau tiada
tp kenapa aku dapat rasa
celaka betul, kau ini hantu ke?
tunjukkan lah rupa
aku tahu kau ada.

kau kah lelaki halimunan?
yang boleh dirasa tp tak nampak dek mata.

aku katup mata rapat-rapat.
aku terasa belaian, aku tahu itu kau.
aku terasa usapan, aku tahu itu kau.
aku terhidu wangian, aku tahu itu kau.
aku dipeluk erat, aku tau itu juga kau.

aku mahu buka mata.
aku mahu terjaga.
kerana aku tahu
kau memang ada.

oh! jangan tipu.
kau ada kan???
aku tahu kenapa aku tak nampak kau.
kerana rupanya kau mmg ada...
di dalam hati aku.

oh hati.
kau bela lah dia elok-elok.
jgn hilangkan dia dari pandangan mata ketiga pula.

warna-warna bodoh.

kita naik ke atas langit
aku ke timur
kau ke barat
kita janji untuk jumpa di tengah-tengah.
kita ada berus dan warna
dan langit itu kanvasnya.

aku lukis langit timur dengan warna kegemaranku
kau lakar langit barat dengan warna pilihanmu
kita jumpa kembali setelah puas berseni
dan kita toleh ke belakang untuk melihat karya kita

langit tetap biru.
mana lukisan warna kegemaranku?
mana lakaran warna pilihanmu?
kenapa langit tetap biru?

kita dipenuhi tanda tanya
perlahan-lahan menggarit senyuman
dan tawa kita pecah
betapa bodohnya kita mahu bertingkah
rupa-rupanya bukan semua perkara boleh mengikut kehendak kita.

kita takkan jadi bodoh lagi.
itu janji kita.

Tuesday, October 20, 2009

.ten thousand promises.

I make this solemn promise to you:

To be your lover when you need to be loved,
your doctor when you are ill,
your army when you go to war,
your umbrella when life rains down on you,
your rock when you get weary,
your shield when you need defense,
your spirit when you are drained,
your pillow when you need to rest,
your voice when no one can hear you,
your ear when no one will listen,
your comfort when you feel pain,
your hero when you are under duress,
your sunshine when darkness falls,
your answer when questions arise,
your inspiration to overcome obstacles,
your hand to hold when you are frightened,
your kiss that wakes you everyday,
and your "I love you" each and every night.

I am yours... all of me.

I love the way you make me so happy,
And the ways you show you care.
I love the way you say, "I Love You,"
And the way you're always there.

Friday, October 16, 2009

.u are my double BF.

.u are my double BF.
as in boyfriend and bestfriend.

i can love u.
i can yell at u.
i can call u bitch.
coz u are my bestfriend.

i can hate u.
i can hug u.
i can kiss u.
coz u are my bestfriend.

u own the shoulder for me to cry on.
and the other shoulder for me to lean on.
u own the ears which listen to my voice.
and wipe the tears which rolling from my eyes.
u wrap me with your arms.
and comfort me with your warm.
u are my bestfriend.
oh, my bestest friend, i should add.

u are my syg.
u are my soulmate.
u are my future.
and most of all, u are my bestfriend.

.gule-gule kapas perise berihitam.

Thursday, October 8, 2009

kronologi hati.

julai 2008.
-sy baru sedar kewujudan dia. tetapi tidak sampai ke tahap bertegur sapa. hanye sekadar pandangan kosong, 'hai', itu saje. kdg2 sms dikirim. kekerapan, muleh dikire dgn jari.

september 2008.
-mula berbalas sms semule setelah menyepi sepanjang ogos. tiade isu yang dibangkitkan melainkan berkongsi pengalaman tentang ape rase disakiti dan mase silam. selebihnye, hanye perbualan kosong yg sehingga ke hari ini baru sy sedar, itu bkn bualan kosong, sebaliknye kami sdg mengenali hati dan budi masing-masing. sy baru tersedar itu! disebalik cerite2 dan pengalaman2 yg di kongsi, tahulah sy bahawe kami ade persamaan. kami berade di situasi yang same. dan kami berade di dlm kepompong yang same. persoalannya, sampai bile kami nak berade di takuk lame???

oktober 2008.
-perhubungan kami maseh seperti biase. cume yg lainnye, hati kami. dia membuat pengakuan sudah menyukai sy, walaupun secare perlahan-lahan. sy maseh tiade perubahan di hati. maseh menganggap kami berkawan. i need him and he needs me as we were in the same situation. we need each other to compliment each other. thats it! kami keseorangan. kami memerlukan seseorang utk menjadi teman berbicara, disamping menjadi pendengar yang setia. perasaan sy terhadap die berubah setelah sy tahu die adelah org yg pertama yg saye carik tatkale bangun dari tido. die adelah suare terakhir yg sy ingin dgr sebelum sy masuk tdo. sy sudah berubah. sy sudah tidak seperti dulu. dan paling penting, he's the one who put back that smile on my face after 2 fucking years.

november 2008.
-things get more serious. sy mahu tahu status kami. siape sy di hati dia. tp dia tidak bersedia utk semue tu lagi. dan sy terase seperti dipermainkan kerana dia maseh mengharap pade kenangan lama. perkara pertama sy nak buat, mengundur diri sebaik saje bangun dari tdo esok hari. but how am i going to do that if he is the first person i want to meet, the first voice i want to hear and the first eyes i want to stare as soon as i woke up??? keadaan ni betol2 sukar. dan membuntukan. perkara terbaik yg sy lakukan, mendiamkan diri. tp tidak lame. hati sy tidak kuat.

disember 2008.
-things were still like shit. but i just go with the flow. kalau ade, adelah. kalau tiade, mungkin ade seseorang yg lebih baik utk sy. atau seseorang yg lebih baik utk dia. we never know. i have really tried my very best to convince him. things get more complicated and we fight like hell, on the new year's eve. but i guess it was all worth it.

januari 2009.
we are an item! i don't know what have got into his mind until he made this decision. it was the new day of the year for us to start a new life as a soulmate. i just didn't know about anything except, i start to love him more and more each and every day.

febuari 2009.
mcm org lain yg pernah bercinte. mase baru-baru ni, sumenye indah, sumenye manis, sumenye suke. actually, we are still getting to know each other. we started doing all things together as we worked at the same place. nothing much happens beside, i love him more than i did last month. =)

march 2009.
adatlah org bercinta. kdg2 ade jugak isu yg nak di bangkitkan. tu sume rencah perhubungan je tuh. hmm hmm. so far we could handle all the problems, successfully. hehe... though it came along with the tears. haha... air mata sy dan air mata dia.

april, may, jun, julai, ogos 2009.
pejam celik pejam celik, da setahun kenal dia. byk yg sy dah tahu pasal dia, and byk yg die da tahu pasal sy. adil la kan... his family knows me and my family knows him too. we started to talk about engagement and wedding. mcm kelakar kan. but this is SERIOUS. OMG, i love this guy a lot.

september 2009.
cincin merisik sudah selamat disarungkan di jari sy. alhamdulilah. segala yg dirancang, sikit demi sikit kami merealitikannya. we are a one step closer to happiness.

oktober 2009.
he starts working at a new place, and so do i. wah kami sudah bercinta jarak jauh. tp watever it is, we put trust in each other. so basically tahts the story of us. and more to come next year as we plan to get engaged, and soon, getting married.

to my syg. now i know why do i love u so much.
because u put back that smile on my face.
tq syg.
i love u.

Wednesday, October 7, 2009

suke lagu ini.

Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan kutunggu dirimu …


Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah diriku dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi …

Tuesday, October 6, 2009

aku ada kerna kau pun ada.

tatkala kita berjauhan
tatkala kau tiada disisi
tatkala semuanya bersendirian
aku tahu bahawa kau ada.
kau ada di setiap kerdipan mataku
kau ada di setiap helaan nafasku
kau ada di setiap degupan jantungku

tatkala aku jauh dari mu
tatkala kirimu kosong tanpa aku
tatkala tgnmu tak terpegang tgn ku
kau harus tahu bahawa aku ada
aku ada di segenap hatimu
aku ada di setiap denyutan nadimu
aku ada di setiap tuturan katamu

bila berjauhan
puluhan rindu dikumpul
kenapa bila jauh baru kita tahu menghargai?
kenapa bila jauh baru terasa kehilangan?
kenapa bila jauh baru menyesali kesilapan diri?
itu baru jauh dgn jarak.
belom jauh dgn masa.
jauh jarak masih boleh di rapatkan.
jauh masa apa solusi yg kita ada?

sementara berkesempatan
sementara berpeluang
hargailah dia
hargailah hubungan kita sebelum ini
hargailah hubungan kita sekarang
hargailah hubungan yg kita rancang utk masa depan.

bkn mudah utk membina hubungan
lagi payah utk mengekalkan hubungan.
apatah lagi utk memastikan kebahagiaan
tp terlalu cepat utk meruntuhkan hubungan
terlalu pantas utk melupakan
dan terlalu lekas berkalih perasaan.

hubungan wujud kerana aku ada.
aku ada kerana kau ada.
kerana adanya kau dan aku
maka adalah hubungan kita.

selalulah ada dengan aku walaupun kau jauh.
walau kau tidak ternampak dek mata.
tetapi kehadiran kau terasa dek hati.

Friday, September 4, 2009

suara hati.

*mind the language used*

salah ke kalau aku bkn seorg hipokrit?
perlu ke aku menjadi seorg yg hipokrit demi utk menjage hati org?
abestu, sape yg nak jage hati aku???
sape yg nak pujuk hati aku?
aku sendiri.

kenape pule perlu menjadi hipokrit?
cube menipu aku atau menipu diri sndiri?
cube memperbaiki atau cube berlari?
kenape perlu sembunyi dari masalah?
masalah yg selagi belom selesai, selame tu menghantui.

soalan yg berlegar.
konfiden kah aku utk hidup bersame?
frankly said, aku tiade jwpan utk soalan itu.
kenape perlu tanye soalan sedemikian rupe kalau jwpan ade pade diri kite sendiri.
tanye kepade diri sndiri dulu sebelom mengusul soalan pade org lain.

ego yg ade dlm diri.
kenape perlu ditatang setinggi langit?
tidak sedar kehadiran ego yg selame ni merusakkan jiwa.
lantas tiade batas dlm berkata-kata.
aduh... sesakit di siat-siat kulit sendiri.

terlalu concern dgn salah org lain.
sehingge salah sndiri diketepikan.
terlalu asyik becerite kesilapan org lain.
kesilapan sndiri dibutakan.

mende yg tidak penting itulah asas relationship kite.
mende yg kecil itulah pasak hubungan kite.
kalau mende tu pun dianggap remeh dan tidak penting.
kemane hala tuju perhubungan kite ni?
tanpa asas, stabilkah kite?
tanpa pasak, kukuhkah kite???
mende yg remeh jgn terlalu di ambil mudah.

mule belajar menipu secare kecil kecilan.
tahukah kemane hala tuju penipuan itu?
sanggup lagi menipu. gara-gara tak mau saket telinge.
ini ke yg perlu dlm perhubungan?
jujurke perhubungan ni?
wpun tipu sunat, tetap namenye menipu jue.
ketahuilah dikau bahawe diri ini tak pernah menipu dlm perhubungan kite.
tidak walaupun sekali.

tak terkire air mata yg jatuh.
tak terbendung sebak di hati.
hubungan ini mmg sebenarnye bole dibolak-balik ke?
hubungan ni mmg tiade erti ke?
atau hubungan ni sebenanye tade pape?

aku pun bknlah sempurna sgt utk berckp tentang kesempurnaan.
aku pun manusia biase yg kadangkala terkasar kata, tersilap bicara.
tp aku selalu menganggap hubungan kite suci.
hubungan yg didirikan dgn kepercayaan dan jauh daripada penipuan.

jike ade yg luarbiase dlm perhubungan kite, tegurlah.
membalas dendam bkn cara yg sesuai utk menyelesaikannya.
seorg berhati batu.
seorg lagi keras hati.
bile buku bertemu ruas.
inilah jadinya.
inilah hasilnya.
tgklah kite skrg.
sampai bile nak mcm ni?
dah selalu sgt bergado pasal mende yg same.

aku sudah biase.
aku sudah penat.
aku sudah letih.
aku sudah tak peduli.
aku sudah tidak kisah.
ayat-ayat ini bkn bermakna aku sudah putus ase.
tp aku tidak mahu memanjangkan bicara.

aku cube utk memahami mu, aku gagal.
aku cube utk menyenangkan mu, aku gagal jue.
aku cube utk menjadi yg terbaik, aku masih gagal.
dan aku kire, aku tetap gagal utk membahagiakanmu.
lantas, ape yg aku perlu buat?
ape yg aku perlu buat utk jadi yg terbaik?
ape perlu aku lakukan utk buat dikau berhenti membandingkan aku dgn kenangan?
aku adelah aku.
ubahlah aku seadenye.
jgnlah mengubah aku utk menjadi org lain.

ketahuilah dikau bahawe.
setiap kemarahanmu.
setiap percakapanmu.
setiap perbuatanmu.
aku tak pernah simpan dlm hati.
sbb satu keburukan yg dikau buat.
dikau balas dgn seribu kebaikan.
mane mungkin aku menghitung keburukan mu jike kebaikanmu mengatasi segalanye...

Wednesday, September 2, 2009

kadang-kadang.

hubungan seperti angin.
kekadang kencang.
kekadang dingin.
kekadang sepoi-sepoi.
kekadang meradang.
tatkale tiada.
barulah diminta.

hubungan seperti ombak.
kekadang pasang.
kekadang surut.
kekadang bahaya.
kekadang sukaria.
tatkale tiada.
barulah diminta.

hubungan seperti lelangit.
kekadang cerah.
kekadang mendung.
kekadang bercahaya.
kekadang memetir.
tatkale tiada.
barulah diminta.

hubungan seperti drama.
kekadang sahih.
kekadang dongeng.
kekadang logik.
kekadang tidak masuk akal.
tatkale tiada.
barulah diminta.

hubungan seperti kita.
kekadang penuh gelak tawa.
kekadang ditemani airmata.
kekadang penuh dgn suka.
kekadang ada jua duka.
tatkala tiada.
barulah mencari dan berkata-kata...

walau sehebat mane ujian utk kita.
selagi kite ikhlas dan saling mempercaya.
kite tetap berade di landasan yg benar.
kerane asas kite adelah cinta yg penuh dijiwa.

jgn pesongkan kepercayaan.
jgn ringankan keikhlasan.
jgn ketepikan kecintaan.
kerana semua itu bermain dgn perasaan.

Monday, August 24, 2009

saye tertewas... lagi!

tik..tik..tik..
waktu berdetik.
sy maseh camni.
haih... penyesalan yang tak terbendung.
kenape perlu terjadi sedemikian rupe.
tp sy hanye manusia biase.
kadang2 terlari jue dari jln yg benar.
setidak2nye, tidak jauh larian sy.
sekurang2nye, Dia maseh belom membutakan hati sy.

tik..tik..tik..
munyik ujan menimpa atap.
ikutkan hati, mahu saje sy berlari ke luar umah.
berbasahan di dlm hujan.
semoge terhapus segale penyesalan di hati.
sy sudah jauh.
sy mahu berpatah balik.
sy sendirian.
dan sy takot.

wah. sy lah org nye yg 'ckp tidak serupe bikin'.
kini sy sudah tahu.
sy maseh belom berjaye!
maseh jauh jarak antara sy dan kejayaan.
sy maseh tidak berubah.
dan sy tidak mampu mengubah org lain jue.
sy sudah tewas!

tiade beze sy yg dulu, dan sy yg sekarang.
bezenye cume, kalau berlaku dulu, sy tiade rase sesal di hati.
sy ingatkan sy sudah benar2 berubah.
sy ingatkan sy sudah benar2 menjadi baik.
ternyata, ianya hanye ilusi sy.
sy tidak dpt memaafkan diri sy sndiri kerane melakukan satu kesalahan yang bangang.

sy tertewas.
sy terkandas.
sy... adalah bukan diri sy.
sy maseh berade di dlm kegelapan kepompong yg sy cipta sendiri.
bilekah agaknye sy dpt membebaskan diri?
tolonglah sy utk berubah.

shut up and listen.

bila kau berada di tengah-tengah orang ramai,
tutup lah mata.
pekakkan telinga.
bukan bermakna kau tidak peduli.
tetapi kau hayati dgn mata hati.
bila kau terdengar orang mula mencaci.
bila kau terasa diri mula dikeji.
jgn kau tergopoh-gopoh utk memaki.
mungkin itu satu petunjuk.
bahawa kau sepatutnya memperbaiki.
baiki keadaan dan diri sendiri.

disaat mata tertutup.
tatkala telinga dipekakkan.
kau hanya perlu berdiam diri.
diam bukan bererti takut.
diam bukan bermaksud kalah.
diam bermakna kau sedang menunjukkan kepandaian.

berbicara dgn si bodoh.
kau tidak perlu turut sama menjadi bodoh.
kau tunjukkan sedikit kearifan.
supaya si bodoh sedar akan keterlanjuran.
bodoh bukan bermakna dungu.
cuma pemikiran dirajai oleh si syaitan.

mahukah kau terus menjadi si bodoh yang suka berbunyi?
atau mahu menjadi si arif yang lebih byk diam dan dgr?
pilihan di tangan kau sendiri.
kerana apa jua pilihan kau nanti.
kau juga yang akan berdepan dengan segala konsekuensi.

Thursday, August 20, 2009

air mata saye.

satu je soklan yg sy mahu tahu sgt2 jawapannye.

kenapekah???

sy penat.
sy sedih.
sy letih.

aku maseh berdendam.

[buat sahabat yang pernah dilukai]

berdendamkah aku pada nasib?
bencikah aku pada takdir?
aku tidak membenci takdir,
tapi aku tahu aku berdendam.
dendam yang belum berbayar.

tidak bolehkan dilupakan saja?
atau diselesaikan dengan kata maaf?

jawapannya tidak.
dan aku tidak pernah sama sekali mendengar ucapan maaf itu.
dendam masih terus menghantui hidupku.

jika hidup ini karma, kenapa kau tidak merasa saket seperti aku?
saket disudut hati yang terdalam.
kita tidak berpeluang berkongsi rasa saket ini bersama.
dan jika peluang itu datang,
ketahuilah kau bahawa aku akan membuat kau merasa saket yang berganda.
luka yang merah menyala.
parut yang tidak akan kau lupa.

dendam aku tidak lama.
sampai waktunya akan terlerai jua.
dan bila datangnya waktu itu,
kau lupakanlah aku untuk selamanya.

kerana kau pada aku,
bukanlah siapa-siapa.
dan kita takkan ada apa-apa sampai bila-bila.

Wednesday, August 19, 2009

..|..

what is wrong of being me?

and what is right of being you???

Tuesday, August 18, 2009

kita semua sama sahaja.

berjalan di tengah-tengah ribuan lautan manusia.
baru aku sedar bahawa manusia ini berbeza sikapnya.
pelbagai peel, pelbagai ragam.
aku layankan saja.

kenapa aku perlu ambil tahu hal mereka sedangkan aku tidak suka hal aku diambil tahu?
kenapa aku perlu ambil peduli tentang mereka jika aku lebih selesa diriku dihiraukan?
itulah peel manusia. 
manusia yang hanya boneka di bumi tuhan.
manusia yang menentukan warna-warna untuk di sajikan di bumi tuhan.
manusia yang memilih jalan begini...

kehidupan kita tidak ubah seperti bermain drama di pentas dunia.
kitalah pelakon, kitalah pengarah, kita jua penonton nya.
maka... kita jualah yang akan berhadapan dengan konsekuensi dan balasannya.
sanggupkah kita?
bersediakah kita???

perjalanan aku teruskan.
semakin jauh, semakin lama aku berjalan, semakin banyak kehidupan yang terhidang di layar mata.
semakin laju gelengan kepala.
haih manusia.
macam-macam jenis.

aku tahu aku jua bukanlah baik sangat di bumi tuhan.
namun aku tahu, masih ada ruang untuk aku berbuat baik, dan menjadi baik.
aku orang baik.
maka aku harus berbaik-baik dengan mereka yang baik. 
juga pada mereka yang tidak baik.

jahatkah aku jika aku berbuat baik pada yang jahat?
kerana satu masa dulu, aku juga pernah menjadi jahat.
aku tahu apa rasanya dipinggirkan.
dan aku tahu apa rasanya disisihkan.
dan aku tahu apa rasanya apabila si jahat dilayan baik oleh si baik.
aku ingin jadi seperti mereka, satu masa dahulu.

apakah perbedaan si baik dan si jahat jika semuanya berada dalam bumi tuhan yang satu?
apakah perbedaan si baik dan si jahat jika kita semua tunduk dan sujud pada arah yang sama?
manusia semua sama, yang berbeza adalah sikap dan sifat.
tidak perlu 'extreme makeover' untuk menjadi baik.
hanya perlu sedikit inisiatif dan motivasi.
juga kesedaran bahawa kita tidak selamanya disini.

semoga baki perjalanan yang terbentang luas dihadapanku ini, akan aku lalui dengan penuh agenda-agenda yang berfaedah.
kerana setiap apa yang aku kumpulkan sekarang, bakal aku ceritakan pada generasi yang akan datang. 

kita semua sama sahaja.

janganlah bongkak dan takbur.
sesungguhnya semua yang ada kini hanyalah pinjaman semata.

aku, kau, dia, mereka... kita sama.
tapi tidak serupa. 

fikir-fikirlah.




 

kala malam bulan mengambang.

kala mlm bulan mengambang.
jantung mula berdegup kencang.
yg dicari semakin menghilang.
yg dimiliki semakin kecundang.

kalaulah kaca boleh menjadi intan.
boleh juakah benci menjadi syg?

jika jambatan boleh menjadi titi.
tidak mustahil yg syg boleh pula menjadi benci.

kenangan yg menyakitkan tidak perlu dilupakan.
tetapi kenapa ia dijadikan sempadan.
sempadan utk mencorak impian.
yg bakal terlakar di masa depan.

kenangan yg indah jadikan tauladan.
seperti jadinya ia sebuah pengalaman.
pengalaman yg boleh dibuat pengajaran.
supaya tidak lupa asal usul dan tujuan.

kala mlm bulan mengambang.
hati mula menjadi tidak tenang.
apakah sejarah akan berulang.
atau kemenangan yg bakal dijulang.

hati senang.
minda terang.
jiwa tenang.
kerana mlm ini bulan mengambang.

terima kasih sang bulan.
dikau sgt memahami pencinta-pencinta mu.
jgnlah dikau hilang dari pandangan.
supaya kami tidak tersesat di lautan.

saye menulis lagi.

first and foremost, selamat pagik sume. hari ini adelah hari selase bersamaan dgn 18hb ogos 2009, jam 9:04am. sungguh daku tiade selere utk bekerje.

kenape sejak 2 3 hari ni, daku seperti lain mcm? haih... tidak sukelah daku bersikap sebegini. atau ancaman dari pihak luar yg membuatkan daku jadik lain mcm? oh oh... lupe utk mengupdate berite paling terkini. daku kini sudah berpunye. ahahaha~ seperti tidak percaye. setelah 3 tahun hidup menyendiri, ade jue yg sudi pade diri ini. mekaseh kepade encikgumuk daku.

ha ha ha... sini-sini. mahu bergusipan. bkn bergusipan. cume mahu ceritaan. mengapekah tatkale sdg berbahagia diulit intan, ade saje yg mahu mengacau. adekah da gile org2 yg tade keje lain tuh? come on la... its all just a history to be remembered until death.

cenggini ceritanye...
pade satu mlm, sdg daku bergulik-gulik di atas katil melayan hati, dtglah satu panggilan telefon yg mengatakan hak beliau dirampas. wah! terus mata daku tekedip-kedip, akibat nantok sgt tapi terpakse jue mangun. dgn mamai2, daku pun melayan la panggilan tersebut yg katenye mahukan 'akmal' die balik. wah wah. lagaknye seperti seorg bos=bosia. ahahaha... ade ke daku yg baik hati dikatekan merampas boifren beliau? maseh byk lagik lelaki diluar sane yg boleh di amek, bf daku jue yg dikau mahu? wah wah kalau sudah confident tuh, marilah confront daku. akan daku bagi dgn rela hati jike tuan punye badan sudi. persoklannye, sudikan si tuan punye badan tuh? aiseh... muleh jadi bengap layan org bengap ni. maka jln terbaik, 'k la, i mahu tdo la. bsok keje. lenkali call lagi ye...' ahahahaha... dan daku terdengar rengusan berhingus.

selang seminggu, dtg pule sms dari number yg same, mahukan mende yg same, dari org yg same tentang perkara yg same. damnn!!! daku seperti maseh muleh bertahan. layankan dulu skit2. sampailah kesabaran daku diuji tatkale beliau ajak kejumpaan. wah terus daku hiraukan lalu tarik selimut smpai ke dada, tibe-tibe... ZZzzzzzzzzz......

hahaha. mungok la beliau itu. jike org sudah tidak mahu tuh, pepandailah membawa diri. bknlah daku tidak mahu beri hak beliau tuh, cume nye, mahu ke hak beliau tu dgn beliau??? pk pk lah. jgn malukan diri snirik dgn peel diri snirik yg ntahpape. kite org pempuan, haruslah rase sedikit malu. berebut-rebut bkn lah sifat daku. tidak tahulah jike merebut-rebut tuh sudah sebati dlm darah dikau. akhir kata dari daku, JGN JADIK BODOH.

psst psst. napekah daku susah mahu rase bahagia? ade je yg tidak pepuas hati.

Monday, August 17, 2009

yang sudah itu sudahlah...

yay... berjaye jue daku membebaskan diri dari kekotak hitam.
kini sudah dpt melihat dunia luar. bkn hanya dgn mata, malah dgn mata hati jue.
setiap ape yg terjadi, adelah pengajaran dan pengalaman.
setiap ape yg bakal terjadi, adelah pembelajaran dan pembikinan.
tidak perlu diungkit dan dikenang ape yg telah berlalu.
hanye perlu bersedia dan berusehe utk mencapai impian demi mase depan yg unggul.
yay!!!

maka dgn itu wahai pembace2 setia sekalian, blog daku kini sudah berwajah baru.
tiade lagi cerita2 di arkib.
nantikan saje cerite yg terbaru.

psst psst... satu je masih di tahap yg lame...
daku maseh seorg shopaholic yg suke mnom horlick ais.