.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Tuesday, August 18, 2009

kita semua sama sahaja.

berjalan di tengah-tengah ribuan lautan manusia.
baru aku sedar bahawa manusia ini berbeza sikapnya.
pelbagai peel, pelbagai ragam.
aku layankan saja.

kenapa aku perlu ambil tahu hal mereka sedangkan aku tidak suka hal aku diambil tahu?
kenapa aku perlu ambil peduli tentang mereka jika aku lebih selesa diriku dihiraukan?
itulah peel manusia. 
manusia yang hanya boneka di bumi tuhan.
manusia yang menentukan warna-warna untuk di sajikan di bumi tuhan.
manusia yang memilih jalan begini...

kehidupan kita tidak ubah seperti bermain drama di pentas dunia.
kitalah pelakon, kitalah pengarah, kita jua penonton nya.
maka... kita jualah yang akan berhadapan dengan konsekuensi dan balasannya.
sanggupkah kita?
bersediakah kita???

perjalanan aku teruskan.
semakin jauh, semakin lama aku berjalan, semakin banyak kehidupan yang terhidang di layar mata.
semakin laju gelengan kepala.
haih manusia.
macam-macam jenis.

aku tahu aku jua bukanlah baik sangat di bumi tuhan.
namun aku tahu, masih ada ruang untuk aku berbuat baik, dan menjadi baik.
aku orang baik.
maka aku harus berbaik-baik dengan mereka yang baik. 
juga pada mereka yang tidak baik.

jahatkah aku jika aku berbuat baik pada yang jahat?
kerana satu masa dulu, aku juga pernah menjadi jahat.
aku tahu apa rasanya dipinggirkan.
dan aku tahu apa rasanya disisihkan.
dan aku tahu apa rasanya apabila si jahat dilayan baik oleh si baik.
aku ingin jadi seperti mereka, satu masa dahulu.

apakah perbedaan si baik dan si jahat jika semuanya berada dalam bumi tuhan yang satu?
apakah perbedaan si baik dan si jahat jika kita semua tunduk dan sujud pada arah yang sama?
manusia semua sama, yang berbeza adalah sikap dan sifat.
tidak perlu 'extreme makeover' untuk menjadi baik.
hanya perlu sedikit inisiatif dan motivasi.
juga kesedaran bahawa kita tidak selamanya disini.

semoga baki perjalanan yang terbentang luas dihadapanku ini, akan aku lalui dengan penuh agenda-agenda yang berfaedah.
kerana setiap apa yang aku kumpulkan sekarang, bakal aku ceritakan pada generasi yang akan datang. 

kita semua sama sahaja.

janganlah bongkak dan takbur.
sesungguhnya semua yang ada kini hanyalah pinjaman semata.

aku, kau, dia, mereka... kita sama.
tapi tidak serupa. 

fikir-fikirlah.




 

No comments: