.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Monday, August 24, 2009

saye tertewas... lagi!

tik..tik..tik..
waktu berdetik.
sy maseh camni.
haih... penyesalan yang tak terbendung.
kenape perlu terjadi sedemikian rupe.
tp sy hanye manusia biase.
kadang2 terlari jue dari jln yg benar.
setidak2nye, tidak jauh larian sy.
sekurang2nye, Dia maseh belom membutakan hati sy.

tik..tik..tik..
munyik ujan menimpa atap.
ikutkan hati, mahu saje sy berlari ke luar umah.
berbasahan di dlm hujan.
semoge terhapus segale penyesalan di hati.
sy sudah jauh.
sy mahu berpatah balik.
sy sendirian.
dan sy takot.

wah. sy lah org nye yg 'ckp tidak serupe bikin'.
kini sy sudah tahu.
sy maseh belom berjaye!
maseh jauh jarak antara sy dan kejayaan.
sy maseh tidak berubah.
dan sy tidak mampu mengubah org lain jue.
sy sudah tewas!

tiade beze sy yg dulu, dan sy yg sekarang.
bezenye cume, kalau berlaku dulu, sy tiade rase sesal di hati.
sy ingatkan sy sudah benar2 berubah.
sy ingatkan sy sudah benar2 menjadi baik.
ternyata, ianya hanye ilusi sy.
sy tidak dpt memaafkan diri sy sndiri kerane melakukan satu kesalahan yang bangang.

sy tertewas.
sy terkandas.
sy... adalah bukan diri sy.
sy maseh berade di dlm kegelapan kepompong yg sy cipta sendiri.
bilekah agaknye sy dpt membebaskan diri?
tolonglah sy utk berubah.

shut up and listen.

bila kau berada di tengah-tengah orang ramai,
tutup lah mata.
pekakkan telinga.
bukan bermakna kau tidak peduli.
tetapi kau hayati dgn mata hati.
bila kau terdengar orang mula mencaci.
bila kau terasa diri mula dikeji.
jgn kau tergopoh-gopoh utk memaki.
mungkin itu satu petunjuk.
bahawa kau sepatutnya memperbaiki.
baiki keadaan dan diri sendiri.

disaat mata tertutup.
tatkala telinga dipekakkan.
kau hanya perlu berdiam diri.
diam bukan bererti takut.
diam bukan bermaksud kalah.
diam bermakna kau sedang menunjukkan kepandaian.

berbicara dgn si bodoh.
kau tidak perlu turut sama menjadi bodoh.
kau tunjukkan sedikit kearifan.
supaya si bodoh sedar akan keterlanjuran.
bodoh bukan bermakna dungu.
cuma pemikiran dirajai oleh si syaitan.

mahukah kau terus menjadi si bodoh yang suka berbunyi?
atau mahu menjadi si arif yang lebih byk diam dan dgr?
pilihan di tangan kau sendiri.
kerana apa jua pilihan kau nanti.
kau juga yang akan berdepan dengan segala konsekuensi.

Thursday, August 20, 2009

air mata saye.

satu je soklan yg sy mahu tahu sgt2 jawapannye.

kenapekah???

sy penat.
sy sedih.
sy letih.

aku maseh berdendam.

[buat sahabat yang pernah dilukai]

berdendamkah aku pada nasib?
bencikah aku pada takdir?
aku tidak membenci takdir,
tapi aku tahu aku berdendam.
dendam yang belum berbayar.

tidak bolehkan dilupakan saja?
atau diselesaikan dengan kata maaf?

jawapannya tidak.
dan aku tidak pernah sama sekali mendengar ucapan maaf itu.
dendam masih terus menghantui hidupku.

jika hidup ini karma, kenapa kau tidak merasa saket seperti aku?
saket disudut hati yang terdalam.
kita tidak berpeluang berkongsi rasa saket ini bersama.
dan jika peluang itu datang,
ketahuilah kau bahawa aku akan membuat kau merasa saket yang berganda.
luka yang merah menyala.
parut yang tidak akan kau lupa.

dendam aku tidak lama.
sampai waktunya akan terlerai jua.
dan bila datangnya waktu itu,
kau lupakanlah aku untuk selamanya.

kerana kau pada aku,
bukanlah siapa-siapa.
dan kita takkan ada apa-apa sampai bila-bila.

Wednesday, August 19, 2009

..|..

what is wrong of being me?

and what is right of being you???

Tuesday, August 18, 2009

kita semua sama sahaja.

berjalan di tengah-tengah ribuan lautan manusia.
baru aku sedar bahawa manusia ini berbeza sikapnya.
pelbagai peel, pelbagai ragam.
aku layankan saja.

kenapa aku perlu ambil tahu hal mereka sedangkan aku tidak suka hal aku diambil tahu?
kenapa aku perlu ambil peduli tentang mereka jika aku lebih selesa diriku dihiraukan?
itulah peel manusia. 
manusia yang hanya boneka di bumi tuhan.
manusia yang menentukan warna-warna untuk di sajikan di bumi tuhan.
manusia yang memilih jalan begini...

kehidupan kita tidak ubah seperti bermain drama di pentas dunia.
kitalah pelakon, kitalah pengarah, kita jua penonton nya.
maka... kita jualah yang akan berhadapan dengan konsekuensi dan balasannya.
sanggupkah kita?
bersediakah kita???

perjalanan aku teruskan.
semakin jauh, semakin lama aku berjalan, semakin banyak kehidupan yang terhidang di layar mata.
semakin laju gelengan kepala.
haih manusia.
macam-macam jenis.

aku tahu aku jua bukanlah baik sangat di bumi tuhan.
namun aku tahu, masih ada ruang untuk aku berbuat baik, dan menjadi baik.
aku orang baik.
maka aku harus berbaik-baik dengan mereka yang baik. 
juga pada mereka yang tidak baik.

jahatkah aku jika aku berbuat baik pada yang jahat?
kerana satu masa dulu, aku juga pernah menjadi jahat.
aku tahu apa rasanya dipinggirkan.
dan aku tahu apa rasanya disisihkan.
dan aku tahu apa rasanya apabila si jahat dilayan baik oleh si baik.
aku ingin jadi seperti mereka, satu masa dahulu.

apakah perbedaan si baik dan si jahat jika semuanya berada dalam bumi tuhan yang satu?
apakah perbedaan si baik dan si jahat jika kita semua tunduk dan sujud pada arah yang sama?
manusia semua sama, yang berbeza adalah sikap dan sifat.
tidak perlu 'extreme makeover' untuk menjadi baik.
hanya perlu sedikit inisiatif dan motivasi.
juga kesedaran bahawa kita tidak selamanya disini.

semoga baki perjalanan yang terbentang luas dihadapanku ini, akan aku lalui dengan penuh agenda-agenda yang berfaedah.
kerana setiap apa yang aku kumpulkan sekarang, bakal aku ceritakan pada generasi yang akan datang. 

kita semua sama sahaja.

janganlah bongkak dan takbur.
sesungguhnya semua yang ada kini hanyalah pinjaman semata.

aku, kau, dia, mereka... kita sama.
tapi tidak serupa. 

fikir-fikirlah.




 

kala malam bulan mengambang.

kala mlm bulan mengambang.
jantung mula berdegup kencang.
yg dicari semakin menghilang.
yg dimiliki semakin kecundang.

kalaulah kaca boleh menjadi intan.
boleh juakah benci menjadi syg?

jika jambatan boleh menjadi titi.
tidak mustahil yg syg boleh pula menjadi benci.

kenangan yg menyakitkan tidak perlu dilupakan.
tetapi kenapa ia dijadikan sempadan.
sempadan utk mencorak impian.
yg bakal terlakar di masa depan.

kenangan yg indah jadikan tauladan.
seperti jadinya ia sebuah pengalaman.
pengalaman yg boleh dibuat pengajaran.
supaya tidak lupa asal usul dan tujuan.

kala mlm bulan mengambang.
hati mula menjadi tidak tenang.
apakah sejarah akan berulang.
atau kemenangan yg bakal dijulang.

hati senang.
minda terang.
jiwa tenang.
kerana mlm ini bulan mengambang.

terima kasih sang bulan.
dikau sgt memahami pencinta-pencinta mu.
jgnlah dikau hilang dari pandangan.
supaya kami tidak tersesat di lautan.

saye menulis lagi.

first and foremost, selamat pagik sume. hari ini adelah hari selase bersamaan dgn 18hb ogos 2009, jam 9:04am. sungguh daku tiade selere utk bekerje.

kenape sejak 2 3 hari ni, daku seperti lain mcm? haih... tidak sukelah daku bersikap sebegini. atau ancaman dari pihak luar yg membuatkan daku jadik lain mcm? oh oh... lupe utk mengupdate berite paling terkini. daku kini sudah berpunye. ahahaha~ seperti tidak percaye. setelah 3 tahun hidup menyendiri, ade jue yg sudi pade diri ini. mekaseh kepade encikgumuk daku.

ha ha ha... sini-sini. mahu bergusipan. bkn bergusipan. cume mahu ceritaan. mengapekah tatkale sdg berbahagia diulit intan, ade saje yg mahu mengacau. adekah da gile org2 yg tade keje lain tuh? come on la... its all just a history to be remembered until death.

cenggini ceritanye...
pade satu mlm, sdg daku bergulik-gulik di atas katil melayan hati, dtglah satu panggilan telefon yg mengatakan hak beliau dirampas. wah! terus mata daku tekedip-kedip, akibat nantok sgt tapi terpakse jue mangun. dgn mamai2, daku pun melayan la panggilan tersebut yg katenye mahukan 'akmal' die balik. wah wah. lagaknye seperti seorg bos=bosia. ahahaha... ade ke daku yg baik hati dikatekan merampas boifren beliau? maseh byk lagik lelaki diluar sane yg boleh di amek, bf daku jue yg dikau mahu? wah wah kalau sudah confident tuh, marilah confront daku. akan daku bagi dgn rela hati jike tuan punye badan sudi. persoklannye, sudikan si tuan punye badan tuh? aiseh... muleh jadi bengap layan org bengap ni. maka jln terbaik, 'k la, i mahu tdo la. bsok keje. lenkali call lagi ye...' ahahahaha... dan daku terdengar rengusan berhingus.

selang seminggu, dtg pule sms dari number yg same, mahukan mende yg same, dari org yg same tentang perkara yg same. damnn!!! daku seperti maseh muleh bertahan. layankan dulu skit2. sampailah kesabaran daku diuji tatkale beliau ajak kejumpaan. wah terus daku hiraukan lalu tarik selimut smpai ke dada, tibe-tibe... ZZzzzzzzzzz......

hahaha. mungok la beliau itu. jike org sudah tidak mahu tuh, pepandailah membawa diri. bknlah daku tidak mahu beri hak beliau tuh, cume nye, mahu ke hak beliau tu dgn beliau??? pk pk lah. jgn malukan diri snirik dgn peel diri snirik yg ntahpape. kite org pempuan, haruslah rase sedikit malu. berebut-rebut bkn lah sifat daku. tidak tahulah jike merebut-rebut tuh sudah sebati dlm darah dikau. akhir kata dari daku, JGN JADIK BODOH.

psst psst. napekah daku susah mahu rase bahagia? ade je yg tidak pepuas hati.

Monday, August 17, 2009

yang sudah itu sudahlah...

yay... berjaye jue daku membebaskan diri dari kekotak hitam.
kini sudah dpt melihat dunia luar. bkn hanya dgn mata, malah dgn mata hati jue.
setiap ape yg terjadi, adelah pengajaran dan pengalaman.
setiap ape yg bakal terjadi, adelah pembelajaran dan pembikinan.
tidak perlu diungkit dan dikenang ape yg telah berlalu.
hanye perlu bersedia dan berusehe utk mencapai impian demi mase depan yg unggul.
yay!!!

maka dgn itu wahai pembace2 setia sekalian, blog daku kini sudah berwajah baru.
tiade lagi cerita2 di arkib.
nantikan saje cerite yg terbaru.

psst psst... satu je masih di tahap yg lame...
daku maseh seorg shopaholic yg suke mnom horlick ais.