.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Thursday, January 21, 2010

sheila di atas tujuh.

PAGI YANG MENAKJUBKAN, tatkala aku terjaga dari lena, kau BUAT AKU TERSENYUM dengan kehadiranmu. KITA TERTATIH untuk ke puncak yang lebih tinggi, DAN kau berjanji KITA akan terus bersama HINGGA SAAT AKU LANJUT USIA. kau TUNJUKKAN PADAKU yang kau pada mulanya hanyalah SAHABAT SEJATI, kau TUANGKAN HASRATMU dengan berkata "JADIKANLAH AKU PACARMU", lastas aku setuju. aku kini punya teman untuk TEMANI AKU. aku yang pada awalnya hanyalah PEMUJA RAHASIAmu, kini berhasil menjadikanmu PRIA TERHEBATku. sedari awal perkenalan KITA, aku hanya bersikap PE DE padamu terus menyambut hasratmu untuk MARI BERCINTA setelah aku yakin padamu karna dengan beraninya kau bertemu dengan BAPAK-BAPAK ku.

namun, SEBERAPA PANTAS masa yang tertinggal, kini TERLINTAS DUA KATA di hatimu, adakah ini satu permulaan ataupun inikah WAKTU YANG TEPAT UNTUK BERPISAH. hubungan KITA menemui jalan mati, dan akhirnya KITA BERAI DAN BOBROK. aku yang MENYELAMATKANMU, ini yang kau balas padaku. TRIMAKASIH BIJAKSANA!!! engkaulah PENDOSA yang menjadikanku GENERASI PATAH HATI dan menyebabkan KETIDAKWARASAN PADAKU. aku fikirkan kau PERCAYA PADAKU, tapi ternyata aku silap. kau seharusnya TANYAKU terlebih dahulu sebelum kau LIHAT, DENGAR DAN RASAKAN kata-kata orang lain.

mana janjimu untuk bersamaku HINGGA UJUNG WAKTU? setiap malam aku masih t etap TUNJUK SATU BINTANG pujaan KITA walau BILA KAU TIDAK DISAMPINGKU, DAN aku lakukan ini KERNA KAU SETIA. SEANDAINYA kau diberikan satu peluang, PILIHLAH AKU kerna kau TAKKAN PERNAH MENYESAL membuat keputusan sebegitu UNTUK PEREMPUAN seperti aku. aku fikirkan alasan KITA berpisah adalah kerana SEPHIA yang selalu kau tuturkan namanya, atau gadis yang kau gubahkan lagu untuknya, bertajuk KHAYLILA'S SONG, atau kerna kau selalu PERHATIKAN RANI! ternyata aku silap kerna bila kutanya apa alasan disebalik semua ini, jawapan kau tetap sama, JUST FOR MY MOM! BRILLIANT!!!

jika ada seseorang yang bisa mengajarmu TENTANG HIDUP, kau harus sedar, ITU AKU. aku yakin kau kini adalah seorang PRIA KESEPIAN namun aku telah BERHENTI BERHARAP pada mu. tiada sinar yang aku dapat melainkan kesakitan yang amat perit. aku pernah terjatuh, dan kini aku cuba untuk MELOMPAT LEBIH TINGGI. kau JALAN TERUS DAN JANGAN TAKUT GELAP. KAU KINI ADA niah, DAN JANGAN BERITAHU NIAH tentang SEBUAH KISAH KLASIK antara kau DAN aku. kau adalah ANUGERAH TERINDAH YANG PERNAH KUMILIKI DAN jika ada peluang untuk KITA bersama lagi, kau TUNGGU AKU DIJAKARTAMU, tempat labuhan mimpi-mimpi KITA. SELAMAT TIDUR pria ku...

Wednesday, January 13, 2010

pe'el lama kembali lagi.

banyak betul yang tidak kena.
banyak betul yang disimpan.
banyak betul yang dipendam.
cis! saket betul rasa di dalam.

kenapa tidak pernah faham?
atau buat-buat tidak faham?

luah, luah, luah.
ya berjuta luahan dah di buat.
ribuan ayat dah terlontar.
tapi tiada perubahan.
tapi tiada perbezaan.
semua tetap sama.
mcm dulu...

jadi mahu apa lagi?
simpan sudah.
luah pun sudah.
seterusnya?
apa?
apa?

kalau diri ini yang tidak faham, fahamkan lah.
kalau diri ini yang tidak betul, perbetulkanlah.
kalau diri ini tidak bersalah, kenapa begini pula jadi.

dah tak terkira keluhan.
dah tak terkira perasaan.
lalu menjadi batu.
kan lebih senang.
duduk diam-diam.

bersorak dalam diam.
berdiam dalam sorak.

makan sikit-sikit.
kunyah sampai lumat.
telan dalam-dalam.
bila sakit cari ubat.

akhirnya, air mata jua penenang diri.

Friday, January 1, 2010

satu januari bila-bila.

setahun sudah berlalu.
satu januari kembali bertemu dgn si satu januari.
satu pusingan lengkap.
melengkapkan pradata.
tarikh yang sama.
tahun berbeda.

tapi aku?
masih tetap bersama dia.

dan aku harap ianya sampai bila-bila.

terima kasih tuhan kerana mengirimkan dia tatkala aku amat memerlukan.
bila tiba satu januari, aku akan mula menghitung hari untuk satu januari tahun berikutnya.
kerana aku mahu bersatu januari dengannya, sampai bila-bila.

sampai bila-bila, please....