.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Monday, February 15, 2010

cuba bangun dari ilusi.

pejam mata rapat-rapat.
buat-buat tidak nampak.
kenapa mahu tengok jika menyakitkan?
kenapa mahu tahu jika menjengkelkan?

kalau diri sudah bersedia.
buka mata perlahan-lahan.
buka jua hati.
terima seadanya.
tanpa rasa sangsi.

terkumpul pelbagai rasa.
secalit duka.
segaris luka.
walau apa pun ia.
terselit jua rasa cinta.

aku mahu cinta yang tidak di duga.
aku mahu cinta yang bukan cuba-cuba.
aku mahu cinta yang aku lihat dengan mata.
aku mahu cinta yang aku rasa dengan jiwa.

kalau rasa diri belum bersedia.
teruskanlah memejam mata.
tiada siapa akan bersuara.
walaupun sang pencinta.

lambat laun, bukalah perlahan-lahan mata yang terpejam itu.
dan rasai nikmat nya.

Monday, February 1, 2010

aku sayang kalian.


30012010.
walau byk dugaan.
walau byk cabaran.
walau ada kepiluan.
walau ada kesepian.
walau ada kekosongan.
walau tiada dira.

kegembiraan tetap dirasai.
kedatangan tetap di rai.
kesepian di tolak ketepi.
kekosongan mula terisi.
dan dira!
itulah namanya teknologi.
mujur ada pakar IT.

rasa syukur yg tidak terhingga.
aku panjatnya pada yang Esa.
semoga segala perancangan termakbul.
semoga restu dan rahmat di hulur.

sebelah kaki sudah keluar dari rumah.
lalu menginjak ke rumah kedua.
kaki yang tinggal akan dipasak kuat.
supaya asal dan keluarga tidak dilupa.

pada usia menginjak 25.
air mata masih tidak malu untuk mengalir.
aku tangiskan kegembiraan.
dan aku tangiskan kepiluan.
semoga kepiluan hanya setakat ini.
dan kegembiraan mengambil alih.

terima kasih tuhan.
terima kasih ibu dan abah.
terima kasih abang dan syeda.
terima kasih dira dan iwan.
dan terima kasih akmal hazwan.

aku sayang kalian.