.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Tuesday, October 6, 2009

aku ada kerna kau pun ada.

tatkala kita berjauhan
tatkala kau tiada disisi
tatkala semuanya bersendirian
aku tahu bahawa kau ada.
kau ada di setiap kerdipan mataku
kau ada di setiap helaan nafasku
kau ada di setiap degupan jantungku

tatkala aku jauh dari mu
tatkala kirimu kosong tanpa aku
tatkala tgnmu tak terpegang tgn ku
kau harus tahu bahawa aku ada
aku ada di segenap hatimu
aku ada di setiap denyutan nadimu
aku ada di setiap tuturan katamu

bila berjauhan
puluhan rindu dikumpul
kenapa bila jauh baru kita tahu menghargai?
kenapa bila jauh baru terasa kehilangan?
kenapa bila jauh baru menyesali kesilapan diri?
itu baru jauh dgn jarak.
belom jauh dgn masa.
jauh jarak masih boleh di rapatkan.
jauh masa apa solusi yg kita ada?

sementara berkesempatan
sementara berpeluang
hargailah dia
hargailah hubungan kita sebelum ini
hargailah hubungan kita sekarang
hargailah hubungan yg kita rancang utk masa depan.

bkn mudah utk membina hubungan
lagi payah utk mengekalkan hubungan.
apatah lagi utk memastikan kebahagiaan
tp terlalu cepat utk meruntuhkan hubungan
terlalu pantas utk melupakan
dan terlalu lekas berkalih perasaan.

hubungan wujud kerana aku ada.
aku ada kerana kau ada.
kerana adanya kau dan aku
maka adalah hubungan kita.

selalulah ada dengan aku walaupun kau jauh.
walau kau tidak ternampak dek mata.
tetapi kehadiran kau terasa dek hati.

1 comment:

akmalnadia said...

half me
and the other half if u
if salah surang takde
maka
tk jadi lah kita
so
lets do it syg
i know u can
n we can
love u so much