.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Thursday, October 27, 2011

.random.

Three rings of marriage are the engagement ring, the wedding ring, and the suffering.

.random.

Marriage is a book of which the first chapter is written in poetry and the remaining chapters in prose.

Tuesday, July 26, 2011

28-30 Jun 2011-Camden Town, UK

Destinasi terakhir sebelum balik ke tanah air. Kami berpindah ke apartment 2 bilik di Camden Town. Perghhh dekat gila dengan Oxford Circus. So makin seronotlah nak shopping-shopping. Sesampai nya di Camden Town, kami jalan-jalan dulu dekat town dia sementara nak tunggu waktu check-in. Boleh tahan jugak shopping kat town dia ni. Banyak jugak hasil tangkapan waktu jalan-jalan kat Camden Town. Petang tu masa nak check in, hujan la pulak. Lekas-lekas jalan laju-laju menuju ke apartment. Wahhh cantiknya apartment dia. Suka!

Sesampainya di apartment, perkara pertama, basuh muntot Dhia. Hish busuk betul budak nih suka berak rata-rata. Hihihi. Alhamdulilah Dhia dah ok selepas abang call ustaz suruh ubatkan Dhia. Lega hati tengok Dhia dah kembali normal. Hehehe... Tengok tv, makan kebab, gulek-gulek, tertidur jua akhirnya.

29 Jun, hari paling asyiiiiik sekali. Kami ke Oxford Circus, tempat shopping terulung sekali di London. Weh rambang mata den nak usha barang-barang. Lepas tu kami berpecah. Saya, Dira, Akmal kumpulan A, abang and Syeda kumpulan B, ibu, abah, Dhia kumpulan C. Hahahah. Kumpulan A dah tentulah masuk kedai-kedai remaja (remaja kah?). Sambil makan buah berry yang enak masam-manis. Kumpulan B ke kedai-kedai yang lebih tua, manakala kumpulan C berjalan-jalan di park (boring la weh). Sepanjang hari berada di Oxford Circus, malamnya baru kami pulang. Tapi kami si kumpulan A sempat merasa waffle Belgian Chocolate, perghhhh sumpah sedap nak mampos!!!

Balik je apartment, terpaksa packing barang-barang termasuk barang belian tadi, sebab besok dah nak pulang ke tanah air. Agak payah la nak packing sebab barang macam dah bertambah sekali ganda. Selit je mana yang ada. Last-last beg kelihatan gemuk macam dolfin. Malam terakhir di UK, tiada aktiviti pun. Masuk tidur awal sebab besok taxi datang pagi-pagi buta.

Keesokkan harinya, lepas dah siap-siap, turun je apartment, taxi dah sampai. Perjalanan ke Heathrow Airport lama jugak sebab jalan jem. Sampai tertidur-tidur dalam taxi. Sampai airport terus check in barang-barang, breakfast sikit, lepastu dah kena panggil untuk boarding. Sedey gila wehhh nak balik. Rasa macam baru semalam je sampai UK, harini dah nak kena balik. Yang membuatkan lagi sedey, ibu and Dira tak balik sama sebab takde tiket.

Bye-bye UK, semoga jumpa lagi. Hello Malaysia :)


29 Jun 2011 (Oxford Circus)


Underground Station


Oxford Circus


Mencari Akmal yang hilang


Tengah-tengah Kota London


Inilah rupa waffle Belgian Chocolate yang delicious gila!


Satu berry di jari


Lima berry di jari


Tiga berry di jari


Kawtimmmmmm!

26-28 Jun 2011-Back to Cheam, UK

Sesampai nya di London, terus amik train untuk balik ke Cheam. Semua kelaparan sebab memang tak makan dari Manchester. Terus masak maggi 6 bungkuih. Burp... Alhamdulilah. Kenyang makan maggi. Malam tu, terjadi kejadian yang tak diingini. Dhia rupanya tersampuk something. Sepanjang malam menangis je sampai bengkak mata. Kesian betul dengan dia. Dah mengaji, dah baca ayat qursi, semua tak jalan gak. Last-last Dhia tertidur keletihan. Tapi tengah tidur pun tak lena. Asyik terjaga je. Muntah-muntah. Sadis betul keadaan dia. Sampai ke esokan pagi, Dhia tak tidur lena. Mata yang sepet, bertambah rabak.

Kami semua kecuali ibu, abah and Dhia berhajat nak pergi town. Abang and Syeda pergi London, saya, Dira and Akmal menuju ke Stamford Bridge. Ho yeahhhhh. Seronok weh impian jadi kenyataan. Tapi walaupun seronok, asyik memikirkan Dhia je sepanjang jalan. Lepas jalan-jalan stadium, pergi merchandise store, borong new-kit jersey jugak. Terintai-intai kot-kot lah terjumpa abg lampard. Hahaha.

Gerak dari stadium, kami ke Bayswater sebab Dira nak beli ayam halal. Kami pun jalan-jalan pergi Whiteleys, pergi beli souvenirs untuk orang-orang di Malaysia. Balik ke rumah, sedih hati tengok Dhia baru lepas melalak lagi. Dira masak kari ayam. Lepas dinner, Dhia dah start menangis balik. Sampai lah keesokan harinya. Abah decide yang kami pindah rumah. So malam tu semua start packing barang, besok nya kami akan ke Camden Town.


26 Jun 2011


Makan kaki yaya!


Silakan makan macik kenit


Dalam train


Cak-cak


Hello Cheam ;)


27 Jun 2011 (Stamford Bridge)


Dia yang beria-ia


Bye-bye Dhia


Saya nak ikut



Abg lam-lam


Abg cech cech cech it out


Tangan di makan abg terry








Penat bershopping


Legendary

Wednesday, July 20, 2011

24-26 Jun 2011-Manchester, UK

Hey jumpa lagi di Manchester. Penat betul perjalanan dari Amsterdam ke Manchester walaupun menaiki kapalterbang. Sebab, kami naik easyjet(penerbangan murah). Hu.. Ngeri betul keadaan kapalterbang tuh. Sampai je kat Manchester Airport, kami sewa kereta. Bukan lah kereta, sebab kalau kereta memang tak muat lah kami yang berlapan ni nak masuk kan. Ianya sebuah MPV berjenama Volkswagen. Hajat di hati nak check-in terus di Diamond Lodge, malangnya waktu check in pukul 2 petang. Kami pergi cari makan tengahari, pastu makan dalam kereta sebelah Stadium Old Trafford (OT). Hahaha.

Pukul 2, kami bertiga (saya, dira dan akmal) berjalan ke OT. Dengan penuh keterpaksaan, kaki melangkah jua. Oh under construction rupanya luar stadium ni. Sementara menunggu waktu tour, yakni kol 2.30pm, jalan-jalan dulu dalam muzium dia. Sejurus sebelum tour, saya telah meninggalkan sedikit kenangan di OT. Hihihi.

Pukul 2.30pm, start tour the stadium. Jalan sana, jalan sini, snap pictures (disini ingin dimaklumkan bahawa, hanya gambar Akmal je yang di ambil). Lama juga tour ni. Almost two hours jugak lah. Habis je tour, pergi merchandise store dia, borong new-kit jersey. Pergi claim sijil mengatakan pernah datang sini. Lepak-lepak kat luar stadium sementara menunggu yang lain-lain datang ambil weolls. Weolls pun bercamwhoring lah kat lorong gelap tuh.

Sebelum balik ke hotel, kami ke Hard Rock Manchester dulu. Lepak-lepak beli baju (kami) dan makan ice-cream (Dhia). Lepastu singgah ASDA untuk beli dinner. Sampai je bilik hotel, mandi-mandi, makan-makan, lepak-lepak, tengok tv bahasa apa ntah, masuk tidur. Besok perjalanan yang sangat jauh.

Keesokkan harinya, awal pagi dah bangun. Perjalanan di teruskan ke Peak District. Tempat ni cantik gila Cuma jalan nak pergi tuh macam naik Cameron Highlands. Tapi tak singgah pun. Cuma lalu je, lepastu kami terus memandu ke Sheffield, tempat belajar Dira. Rupa-rupanya tempat Dira belajar best gila weh. Jalan kaki lima minit je, dah sampai town. Kat town dia heaven betul nak shopping. Ngeeeeee macam tak mau balik plak rasanya. Petang tu sebelum balik ke Manchester balik, singgah makan Nando’s yang halal (Dira kata lah). Perjalanan balik ke Manchester mengambil masa selama lebih kurang dua jam. Balik je bilik, semua dah kepenatan, semua cari katil dulu.

Third day in Manchester, dah nak balik ke London dah. Lepas hantar kereta sewa, terus ke Manchester Train Station, ambil train untuk balik ke Cheam.


24 Jun 2011


Setibanya di Manchester Airport



Hello Manchester :)


Dropdead di Manchester


Backstreet


Melekap di dinding


Model coke -__-"


Exercise depan Hard Rock Manchester


Menadah hujan dari langit


Marah betul ibu sambil senyum



Edisi Khas (Old Trafford)


















25 Jun 2011 (Sheffield)


Where's my food?


Borong Starbucks


Dating dekat park


Size does matter


26 Jun 2011


Sebelum balik, kita exercise dulu


Lapan, lapan lagi


Bye-bye Manchester