.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Monday, May 10, 2010

.belajar cakap terima kasih.

dia tidak cantik.
dia tidak hot.
dia tidak menggiurkan.
kau jgn mengata.
belajar ckp terima kasih tuhan.

dia tidak pandai.
dia tidak arif.
dia tidak bijak.
kau jgn mengejek.
belajar ckp terima kasih tuhan.

dia kuat merajuk.
dia tak reti memujuk.
dia kuat menangis.
kau jgn mengutuk.
belajar ckp terima kasih tuhan.

dia tidak kaya.
dia tidak bergaya.
dia tidak liar.
kau jgn menyesal.
belajar ckp terima kasih tuhan.

dia tidak manja.
dia tidak meminta-minta.
dia tak pernah memuja.
kau jgn hairan.
belajar ckp terima kasih tuhan.

itulah gunanya kau di sisinya.
isikan mana yang kosong.
tambahkan mana yang kurang.
banyakkan mana yang sikit.
lengkapkan mana yang hilang.

jgn sibuk-sibuk mencari yang sempurna tahap dewa.
masalahnya sekarang, kau itu sempurna sgt ke?
belajar ckp terima kasih.
belajar mensyukuri.
dan belajar menghargai.

jangan tunggu bila dia tiada disisi.
baru nak mencari dan baru nak menangisi.

waktu itu, kau sudah bersendiri.
dia pula berterima kasih pada tuhan kerana kau tidak lagi memiliki.

siapa yang untung dan siapa yang rugi?
kau fikirlah sendiri.