.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Friday, December 18, 2009

mainan tidur vs mainan perasaan.

makin hari makin takut
setiap kali tiba waktunya
aku teragak-agak
percaya atau tak, aku takut untuk tidur.

sebab aku tahu tiap kali aku tidur
mimpi itu akan datang
ya! mimpi tentang engkau
engkau yang sudah jauh.

aku seboleh mencuba untuk menjauh
tapi mana mungkin aku menjauh jika engkau merapat
mana mungkin aku lupa jika engkau kerap mengingat
sudah-sudahlah
just forget about me and carry on with your life as i do with mine.

aku rasa sebelum tidur aku sudah berdoa
mungkinkah dalam doa aku meminta untuk berjumpa engkau?
tidak! tapi kenapa engkau tetap muncul?
dan kenapa aku tidak mengelak.

aku tak tipu bila aku kata aku sudah meneruskan hidup
aku tak tipu bila aku kata aku mendoakan kebahagiaan kau
aku tak tipu bila aku kata aku tak rindukan kau
atau sebenarnya, aku menipu tentang itu?

aku berbisik pada diri sendiri
mimpi hanya mainan tidur
kini aku keliru
mungkinkah ia mainan perasaan jua?

aku takut untuk melelapkan mata
tapi aku enggan untuk terjaga.

tahniah untuk kau kerana berjaya menakutkan aku
kau harus tahu bahawa
walau dalam mimpi, aku tak mahu berjumpa kau,
APATAH LAGI DI ALAM REALITI.

Thursday, December 17, 2009

duit itu pencuri.

masa itu emas.
emas itu mahal.
mahal itu duit.
duit itu kerja.

jadi, masa=kerja.

ok ok
saya faham!

patutlah saya sendirian lagi.
dan lagi.
dan lagi.
dan lagi.

sampai bila?

Wednesday, December 16, 2009

kau hantu atau bukan?

kanan, tiada
kiri, tiada
atas, bawah, depan, belakang
masih jua tiada.

oh kau tiada
tp kenapa aku dapat rasa
celaka betul, kau ini hantu ke?
tunjukkan lah rupa
aku tahu kau ada.

kau kah lelaki halimunan?
yang boleh dirasa tp tak nampak dek mata.

aku katup mata rapat-rapat.
aku terasa belaian, aku tahu itu kau.
aku terasa usapan, aku tahu itu kau.
aku terhidu wangian, aku tahu itu kau.
aku dipeluk erat, aku tau itu juga kau.

aku mahu buka mata.
aku mahu terjaga.
kerana aku tahu
kau memang ada.

oh! jangan tipu.
kau ada kan???
aku tahu kenapa aku tak nampak kau.
kerana rupanya kau mmg ada...
di dalam hati aku.

oh hati.
kau bela lah dia elok-elok.
jgn hilangkan dia dari pandangan mata ketiga pula.

warna-warna bodoh.

kita naik ke atas langit
aku ke timur
kau ke barat
kita janji untuk jumpa di tengah-tengah.
kita ada berus dan warna
dan langit itu kanvasnya.

aku lukis langit timur dengan warna kegemaranku
kau lakar langit barat dengan warna pilihanmu
kita jumpa kembali setelah puas berseni
dan kita toleh ke belakang untuk melihat karya kita

langit tetap biru.
mana lukisan warna kegemaranku?
mana lakaran warna pilihanmu?
kenapa langit tetap biru?

kita dipenuhi tanda tanya
perlahan-lahan menggarit senyuman
dan tawa kita pecah
betapa bodohnya kita mahu bertingkah
rupa-rupanya bukan semua perkara boleh mengikut kehendak kita.

kita takkan jadi bodoh lagi.
itu janji kita.