.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Monday, August 24, 2009

shut up and listen.

bila kau berada di tengah-tengah orang ramai,
tutup lah mata.
pekakkan telinga.
bukan bermakna kau tidak peduli.
tetapi kau hayati dgn mata hati.
bila kau terdengar orang mula mencaci.
bila kau terasa diri mula dikeji.
jgn kau tergopoh-gopoh utk memaki.
mungkin itu satu petunjuk.
bahawa kau sepatutnya memperbaiki.
baiki keadaan dan diri sendiri.

disaat mata tertutup.
tatkala telinga dipekakkan.
kau hanya perlu berdiam diri.
diam bukan bererti takut.
diam bukan bermaksud kalah.
diam bermakna kau sedang menunjukkan kepandaian.

berbicara dgn si bodoh.
kau tidak perlu turut sama menjadi bodoh.
kau tunjukkan sedikit kearifan.
supaya si bodoh sedar akan keterlanjuran.
bodoh bukan bermakna dungu.
cuma pemikiran dirajai oleh si syaitan.

mahukah kau terus menjadi si bodoh yang suka berbunyi?
atau mahu menjadi si arif yang lebih byk diam dan dgr?
pilihan di tangan kau sendiri.
kerana apa jua pilihan kau nanti.
kau juga yang akan berdepan dengan segala konsekuensi.