.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Tuesday, July 19, 2011

21-24 Jun 2011-Amsterdam, Holland

Destinasi seterusnya, Amsterdam, Holland. Perjalanan dari Brussles ke Amsterdam mengambil masa selama lebih kurang dua jam. Kematu muntot di buatnya duduk lama-lama dalam train. Ke sana sini dengan tram. Tahu kah apa itu tram? Ianya sejenis keretapi yang bergerak di atas jalan raya. Jadi di Amsterdam tak penat sangat kejar sana sini. Mula-mula pergi ke rumah penginapan. Chewahh... Ianya sebuah apartment yang tinggi nak mampos. Take note: rumah-rumah di Holland sangat kurus, tapi tinggi nya boleh mencecah lima ke enam tingkat seunit. Jenuh weh dah la bilik aku atas sekali. Maklumlah bilik pengantin baru :)

Hari pertama tiba di Amsterdam Cuma jalan-jalan sekitar kawasan Dam Square. Eh rupanya kat sini pun ada Madame Tussaud. Ingatkan kat London je. Huih kalau tak tetap iman, janganlah datang sini. Ganja sana-sini. Take note lagi sekali: Weeds atau ganja adalah legal di negara ini. Tengah tunggu tram pun tiba-tiba datang seorang tokan “do you need more weeds sir?” Wahh kelas betul! Kalau lah Malaysia gini.

Kemudian cuci mata di Red Light District (RLD). Betul-betul cuci mata weh. Apa yang ada kat RLD ni? Ha lorong ni ada banyak sangat lot kedai di kiri dan kanan. Setiap unit kedai ada bilik cermin. Setiap bilik cermin ada gadis-gadis bogel. Huuu zina mata. Banyak gila club yang ada ‘live sex show’. Ini lah diorang punya sumber pendapatan tetap kat sana. Syarat utama lalu RLD, tak boleh snap picture. Nanti boleh kena pukul wehh.

Lepas dinner, balik ke apartment lima tingkat tu. Rehat-rehat, tertidur pulak. Tahu-tahu dah keesokan hari. Hahaha besoknya, pergi naik boat keliling Amsterdam. Lama gak la tour naik boat sampai dah rasa nak mabuk. Oh lupa nak inform, rakyat jelata kat sini, medium of transportation dia adalah basikal. Zup-zap-zup-zap diorang bawak basikal. Tak takut erti mati agaknya.

Sejurus selepas itu, kami ke flower market. Hampa kerana Keukenhof tutup sebab musim summer. Haih. Jalan-jalan tengok munga. Ewahh. Lepas tu pergi kilang buat cheese and clog. Eyuwww busuk betul bau cheese. Uwek uwek! Lepas tu pulang balik ke apartment kurus. Dira and Kemal yang tak reti erti penat, ajak lagi pergi RLD. Damn! Nak cuci mata la tu! Zina mata!!!

Last shot of the day, kami yang muda belia ni pergi Hard Rock Amsterdam. Woohoo! Beli belah baju. Mahal nak mamps! Balik je apartment kurus, tertidur terlangkup tersadai.

Oh sudah besok rupanya. Tak banyak pun aktiviti hari ni. Pergi fish market je. Tapi tak makan fish pun. Makan sekerim. Hahaha. Jalan-jalan carik souvenir. Itu sahaja aktiviti nya. Baik balik apartment dan tidur. Besok dah nak fly ke Manchester. Lekas balik apartment kurus dan pack beg. Jumpa besok di Manchester.


21 Jun 2011


Setibanya di Amsterdam



22 Jun 2011

Jemput makan burung-burung


Kasik duit


Mari bergerak sekarang roger roger!


Kasihan betul keluarga ini


Dekat bus station


Kemaruk


Cepatlah pacik oi, kita dah lambat ni


Apa tengok-tengok?


Ganja sana-sini


Ibu, anak, cucu


Kincir angin


Boring lah daddy ni


Hard Rock, Amsterdam


Suami isteri, batu keras




Crocodile hunter ke?


23 Jun 2011

I love Amsterdam?


Jual cheese


Peniaga bong


Cheers!


Konichiwa.


Tak tahu nak letak caption apa


Mertua vs menantu


Minum puas-puas


D untuk Dodol


Dira keluar dari black hole


Cubaan kali ke empat


I lebiu ke?


Hooooray!!!


24 Jun 2011

Paparazi ke?


Bye-bye Amsterdam, bye-bye ganja

No comments: