.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Monday, July 18, 2011

20-21 Jun 2011-Brussels, Belgium

Menaiki keretapi Eurostar, perjalanan ke Brussels di teruskan. Perjalanan memakan masa selama dua jam. Huh laju betul keretapi ni. Pergi dari satu negara ke negara yang lain, cuma dua jam? Canggih!

Sesampai nya di Brussels, kami disambut dengan hujan yang renyai-renyai. Sekali lagi tenaga di kerah, kerana terpaksa berjalan kaki ke hotel. Hujan yang renyai-renyai sudah menggila. Woah basah weh jacket gua! Dalam setengah jam perjalanan, tiba di Hotel Matignon. Eh hotel ni cantik lah. Kalau tak percaya, cuba google.

Sesudah Zohor, tempat yang di tujui adalan Mini-Europe. Haaa... Kat sini ada semua landmark dekat negara-negara Eropah, cuma bersaiz kecil. Kalau tak silap nisbah dia 1:25000 kot. Ha cuba la bayangkan sendiri size sebenarnya. Memang seronok. Yang tak seronoknya, hujan sepanjang hari.

Jalan-jalan dalam Mini-Europe, main merry-go-round. Agak-agak dah cover semua tempat, balik ke hotel. Medium of trasportation kat Brussels ni pun train jugak. Efisien betul. Memang on time and boleh di harap.

Balik hotel, makan-makan, rehat dan tidur. Keesokan harinya, lepas breakfast, jalan-jalan keliling hotel beli souvenirs. Orang kata chocolate Belgium yang paling asyik dalam dunia. Tapi tak berpeluang rasa yang baru buat. Tapi.. jeng..jeng..jeng.. Cerita chocolate ni kena tunggu episod Camden Town pulak nanti.

Lepas dah sampai time nak bertolak ke Amsterdam, jalan kaki balik ke train station. Tapi dah tak hujan, Windy je. So sepanjang perjalanan sangatlah nyaman. Tunggu train untuk ke Amsterdam, Holland.

20 Jun 2011


Setibanya di Brussels


Tempat berteduh dari hujan


Hotel belakang tu namanya Hotel Iblis


Tiga beradik


Mini-Europe


Ini entrance Mini-Europe


Bangunan negara mana ntah ni


Abah & Ibu


Big Ben versi kerdil


Apo bondo ntah nama bangunan ni


Dira si pemandu bot pelancong


Daddy's girl


Suami isteri


Ini menarik wehh!


21 Jun 2011

Breakfast


Breakfast tak hingat dunia, padahal makan roti je


Sekitar hotel


Near the hotel


Body builder lah tu konon


Train station


Bye-bye Brussels


Anak beranak


Tertidur terlangkup

No comments: