.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Friday, March 19, 2010

- masih adakah 'kita'? -

degupan jantung kita dah tak senada.
debaran hati kita dah tak seirama.
pimpinan tangan kita semakin longgar.

ayunan kaki kita semakin tersasar.
semakin jauh kau ke sana.
dan, aku tidak pula mengejar.

kau mahu masa, aku berikan masa.
kau mahu ruang, aku berikan ruang.
kau mahu cuba, aku berikan kau cuba.
kau mahu peluang, aku berikan kau peluang.
lantas, aku yang makan hati.

di celah jari aku, sudah tiada jari engkau.
di sisi kanan aku, sudah tiada bayang engkau.
di sisi kiri aku, sudah tiada jasad engkau.
di hati aku? masih adakah engkau?

aku faham engkau tanpa engkau memahami aku.
aku ikut engkau tanpa engkau mengikuti aku.
aku pujuk engkau tanpa engkau memujuk aku.
aku layan engkau tanpa engkau melayani aku.
bukan kah sepatutnya ini hubungan dua hala?

bila dah jadi pada kau,
bila dah kena batang hidung kau,
bila dah bertemu buku dan ruas,
baru kau tahu apa rasanya.
terduduk tapi tidak memijak bumi.
terkhayal tapi tidak menyentuh awan.
tersungkur tapi tidak cedera.
terluka tapi tidak berdarah.

kau menjauh, aku takkan jauh.
bila sudah puas kau di kejauhan,
pandai-pandailah kau pulang ke pinggir jalan.
untuk mengejar kau yang jauh,
tidak sama sekali!
aku sudah penat berlari.
biarlah aku hanya di sini.
kau pergilah sana mengejar impian.
dan jangan lupa balik ke sini.

No comments: