.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Tuesday, March 16, 2010

kenapa sudah lupa?

masih ingat siapa memimpin tatkala bertatih?
masih ingat siapa mengubat tatkala terluka?
masih ingat siapa menemani tatkala berduka?
atau sudah lupa?

masih ingat pada dia tatkala bersenang?
masih ingat pada dia tatkala berhibur?
masih ingat pada dia tatkala berjauh?
atau sudah lupa?

dia ada tatkala dalam susah, ingat tak?
dia ada tatkala dalam tangis, ingat tak?
dia ada tatkala dalam duka, ingat tak?
atau sudah lupa?

mahu bintang di langit, dia petikkan.
mahu mutiara di laut, dia selamkan.
mahu embun di gunung, dia daki kan.
lupa kah sudah?

mahu tempat bersandar, dia hulurkan badan.
mahu tempat menangis, dia hulurkan bahu.
mahu tempat bergantung, dia hulurkan tangan.
lupa juga?

kau ingat tak dia yang banyak meniup semangat?
kau ingat tak dia yang banyak menyokong?
kau ingat tak dia yang banyak berkorban?
ternyata, kau dah lupa.

terlupa sudahkan tiap peluh dia titiskan?
terlupa sudahkan tiap air mata yang mengalir?
terlupa sudahkan itu semua kerana kau?
ya, kau memang dah lupa.

ingat lagi kata-kata dulu?
ingat lagi janji-janji manis?
ingat lagi ayat-ayat cinta?
atau tetap lupa?

tak perlu bagi harta kerana dia sudah berharga.
tak perlu materialisi kerana dia cuma mahu dihargai.
tak perlu intan berlian kerana dia mahukan cinta.
tak perlu berkorban kerana dia adalah dia.

biarlah terleka tapi jangan terlupa.
kerana dia di sana tidak pernah leka.
apatah lagi dia terlupa.
walau dia sudah tiada.

sedetik kau terlupakan dia.
seribu detik kau terlupakan pengorbanan dia.
sejuta detik kau terlupakan cinta dia.
maka tiada apa yang tinggal untuk kau.

kalau sudah pekik masih jua tidak sedar.
aku bersedia untuk berbisik.

No comments: