.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Wednesday, June 9, 2010

.kupu-kupu malam.

"marilah bang. harga boleh kurang." tawar si jalang.
kalau mengena kali ini, dapatlah emak mkn sedap.
dapatlah belikan adik kasut sekolah baru.
dapatlah bayar hutang beras di kedai ah boon.

si bangsat melangkah teguh.
dosa pahala nombor dua.
yang penting hajat tertunai.
nafsu terbayar.
apa guna banyak duit jika tak berbelanja.
sekurang-kurangnya dptlah si jalang berehat pada mlm esok.

kaki melangkah ke syurga dunia.
bilik kecil menjadi saksi si jalang mencari rezeki.
bilik kecil mengeji si jejaka yg tiada harga diri.
enam puluh minit dengan pelbagai aksi.
enam puluh minit tidak berhenti.
enam puluh minit, tidak boleh rugi.
ahhh! lega.
si jejaka terbaring puas.
si jalang menunggu habuan.

segulung duit terselit di celah lurah.
baru dia sedar maruahnya murah.
namun demi keselesaan mak, abah dan adik-adik.
dia rela.
dia puas melihat senyuman di bibir emak.
dia puas melihat keriangan di wajah adik-adik.
dia puas melihat hutang abah berbayar.
sepuas bangsat-bangsat yang melanggani nya.

rezeki dia dtg dari bangsat-bangsat.
bangsatkah dia???
kalau tidak begini, bagaimana lagi cara utk emak melukis senyum?
bagaimana mahu membuat adik bersorak riang?
bagaimana mahu memastikan mereka sentiasa kenyang?
maka dia pasrah.

biar dia tanggung dosa antara dia dgn tuhan.
biar si bangsat tanggung dosa mereka dgn tuhan.
biarlah... asalkan tanggungjawabnya pada keluarga tidak pernah putus.
biarlah... dia hanya si kupu-kupu malam.

dosakah kerjanya?
dan sucikah mereka?

No comments: