.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Monday, February 15, 2010

cuba bangun dari ilusi.

pejam mata rapat-rapat.
buat-buat tidak nampak.
kenapa mahu tengok jika menyakitkan?
kenapa mahu tahu jika menjengkelkan?

kalau diri sudah bersedia.
buka mata perlahan-lahan.
buka jua hati.
terima seadanya.
tanpa rasa sangsi.

terkumpul pelbagai rasa.
secalit duka.
segaris luka.
walau apa pun ia.
terselit jua rasa cinta.

aku mahu cinta yang tidak di duga.
aku mahu cinta yang bukan cuba-cuba.
aku mahu cinta yang aku lihat dengan mata.
aku mahu cinta yang aku rasa dengan jiwa.

kalau rasa diri belum bersedia.
teruskanlah memejam mata.
tiada siapa akan bersuara.
walaupun sang pencinta.

lambat laun, bukalah perlahan-lahan mata yang terpejam itu.
dan rasai nikmat nya.

No comments: