Perjalanan 13 jam dari KLIA ke Heathrow Airport memang betul-betul terasa penatnya. Mana tak penatnya kalau terpaksa berjalan, naik turun tangga (approximately 700 anak tangga) untuk kejar keretapi Underground. Berjumpa dengan Dira di stesen Underground. Setelah berjalan, berlari, melompat bintang, mengengsot, tiba jua di rumah seorang sahabat di Cheam, UK. Agak pedalaman dari bandar London but hey! Who cares? We got a proper house to do the cooking and the laundry. And we even got our own bedroom (tak payah kongsi-kongsi).
Hari pertama tak banyak aktiviti yang di lakukan. Masing-masing jet-lagged. Oh forgot to mention about the time difference. It's 7 hours. Bayangkan 7 jam terlewat dari Malaysia. Sesampainya di rumah, perkara-perkara yang di buat mengikut turutan adalah:
1. Berebut masuk rumah untuk pilih bilik tidur. (ini memang tak senonoh)
2. Kutip balik jacket yang di baling di muka pintu semasa sesi berebut tadi.
3. Buka beg luggage yang besar gajah, bawak keluar pakaian asasi.
4. Ber t-shirt dan ber boxer, masak maggi dan makan.
5. Tak sedar apa yang terjadi. Tahu-tahu dah keesokan harinya.
Second day in Cheam, jalan-jalan cuci mata di pekan dan taman sahaja. Berehat sakan sebab besok nya akan menjadi hari yang sangat panjang. Repacking kain baju. Beg besar gajah tadi tinggal je di Cheam. Cuma bawa beg luggage bersaiz cabin. Makan fish and chips. Minum jus yang murah, beli dekat ASDA. Tidur pukul 3 petang, bangun pukul 3 pagi.
Third day in Cheam, pagi-pagi buta meredah kabus dan angin. Cuaca sangat sejuk bagi kulit orang malaysia. Seret beg luggage ke Cheam train station. Naik keretapi ke Victoria Station, terus ke St. Pancras.
18 Jun 2011
No comments:
Post a Comment