.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Friday, June 3, 2011

Lima cara untuk...

Wah tajuk tak agak-agak ye. Mesti entry ni akan dapat banyak hit sebab 80% mereka yang menggunakan internet akan google 'cara-cara melupakan bekas kekasih' atau 'how to forget your ex'.

1. Sibukkan diri anda.

Ini adalah cara yang paling senang tapi amat susah untuk dilaksanakan. Ye lah, kepala otak memikirkan si dia, macam mana agaknya nak sibuk-sibuk kan diri menjadi ala-ala Perdana Menteri atau Chef Wan atau sekurang-kurangnya Joyah Murai yang selalu sibuk bergosip? Nak menyibukkan diri ternyata lebih susah daripada untuk menyibuk hal orang lain.

Selalu nya pada tahap ini, anda akan lebih cenderung untuk tidak melakukan perkara-perkara yang biasa anda lakukan ketika bersama si dia. ITU TIDAK BOLEH! Kalau boleh, apa yang anda biasa buat bersama dahulu, anda ulangi nya tanpa si dia tapi bersama keluarga atau kawan-kawan, supaya anda tahu, bukan si dia sahaja yang boleh menggembirakan anda.

Contoh: Dulu-dulu selalu pergi tengok wayang, duduk couple seat. Ha, cuba buat begitu dengan adik atau kawan anda. Mana tahu rupa-rupanya duduk couple seat dengan adik anda lebih seronok sebab dia tak bercerita apa yang terjadi selepas ini atau pun duduk dengan kawan anda lebih selesa sebab mulut dia tidak berbau.


2. Dengar lagu-lagu sedih/lagu-lagu percintaan anda.

Penuhkan playlist iPod anda dengan lagu-lagu jiwang karat, lagu-lagu air mata jiwa tisu, lagu-lagu percintaan anda dengan si dia. Mula-mula memang agak terusik jiwa. Lama kelamaan, anda akan mula membayangkan orang lain (selain si dia) sewaktu mendengar lagu-lagu tersebut. Ya, tiada lagi bayangan huduh dia! Anda akan memenuhi playlist anda dengan lagu-lagu 'mula jatuh cinta'. Sedar tak sedar, playlist anda akan ada lagu-lagu baru, dan tiada lagi satu pun lagu bersama si dia dulu.


3. Jangan buang kenangan anda tentang si dia.

Kedengaran agak bodoh, bukan? Ha, inilah muslihatnya. Jika anda bertemu dengan cinta hati yang baru, bandingkan mereka.

Contoh: Kekasih lama anda romantik tetapi sekadar temankan anda bershopping. Cinta hati anda yang baru sangat romantik, bukan setakat teman bershopping, malah tolong bayar dan angkatkan barang-barang sekali. Ha kan cinta hati yang baru dah dapat 1 point lebih! Positif positif.

Contoh 2:
kawan: Eh, ex-boyfriend kau dulu bagus kan. Setiap malam jumaat, mesti dah siap book tiket wayang cerita yang baru keluar.

anda: Eh, boyfriend aku sekarang lagi bagus lah. Setiap malam jumaat, mesti dia ingatkan aku untuk baca yasin.

(pasti kawan anda tergamam dan berdoa dalam hati untuk mendapat boyfriend seperti boyfriend anda. Awas, jangan sampai dia rampas kepunyaan anda pula.)


4. Jangan ada hubungan dengan ahli keluarga si dia.

Tak payah mengada-ngada nak call/sms bekas mak mertua tak jadi tu. Move on move on! Bekas mak mertua tak jadi tu seharusnya faham anda tak menghubungi dia lagi angkara salah anak dia sendiri. Jangan bagi dia peluang untuk meletakkan salah itu kepada anda pula. Lebih-lebih lagi jika anaknya putar belit kan cerita, dan nampak anda sebagai pesalah. ... dalam botol betul!


5. Makan dan makan.

Jangan sekali-kali cakap 'aku takde selera la nak makan lepas putus dengan si polan tu'. Hey kau nak jadi kurus kering mcm corpse ke? Si dia enak-enak makan di Tony Roma's, anda pula makan maggi kari sahaja. Beruang di dalam akal (bear in mind), jika anda menyekat selera makan anda, badan anda akan susut. Cantikkah jika anda sudah kurus kering? Seorang lelaki normal akan cenderung untuk memilih pasangan yang bertubuh badan seperti Jennifer Aniston, atau sekurang-kurangnya Khloe Kardashian, bukan seperti Nicole Richie yang aneroxia yang nak beli cincin kahwin pun tiada saiz! Makan macam biasa. makan chocolate macam biasa. Biar si dia tahu yang sebelum ni, anda lebih tak berselera makan jika menghadap muka si dia.


Cukup lah setakat lima method sahaja yang di beri untuk sesi kali ini. Keberkesanan cara-cara di atas telah terbukti. Jika si penulis boleh memberi testimoni, saya lah orangnya. Ya, dari tempat yang paling tinggi, saya jatuh menjunam ke bawah tanah. Tapi dengan mengaplikasikan cara-cara di atas, saya berjaya mengatasi segala kemurungan dan kini, I'm happily married (terasa kekok nak tulis dalam bahasa melayu).

No comments: