Hey jumpa lagi di Manchester. Penat betul perjalanan dari Amsterdam ke Manchester walaupun menaiki kapalterbang. Sebab, kami naik easyjet(penerbangan murah). Hu.. Ngeri betul keadaan kapalterbang tuh. Sampai je kat Manchester Airport, kami sewa kereta. Bukan lah kereta, sebab kalau kereta memang tak muat lah kami yang berlapan ni nak masuk kan. Ianya sebuah MPV berjenama Volkswagen. Hajat di hati nak check-in terus di Diamond Lodge, malangnya waktu check in pukul 2 petang. Kami pergi cari makan tengahari, pastu makan dalam kereta sebelah Stadium Old Trafford (OT). Hahaha.
Pukul 2, kami bertiga (saya, dira dan akmal) berjalan ke OT. Dengan penuh keterpaksaan, kaki melangkah jua. Oh under construction rupanya luar stadium ni. Sementara menunggu waktu tour, yakni kol 2.30pm, jalan-jalan dulu dalam muzium dia. Sejurus sebelum tour, saya telah meninggalkan sedikit kenangan di OT. Hihihi.
Pukul 2.30pm, start tour the stadium. Jalan sana, jalan sini, snap pictures (disini ingin dimaklumkan bahawa, hanya gambar Akmal je yang di ambil). Lama juga tour ni. Almost two hours jugak lah. Habis je tour, pergi merchandise store dia, borong new-kit jersey. Pergi claim sijil mengatakan pernah datang sini. Lepak-lepak kat luar stadium sementara menunggu yang lain-lain datang ambil weolls. Weolls pun bercamwhoring lah kat lorong gelap tuh.
Sebelum balik ke hotel, kami ke Hard Rock Manchester dulu. Lepak-lepak beli baju (kami) dan makan ice-cream (Dhia). Lepastu singgah ASDA untuk beli dinner. Sampai je bilik hotel, mandi-mandi, makan-makan, lepak-lepak, tengok tv bahasa apa ntah, masuk tidur. Besok perjalanan yang sangat jauh.
Keesokkan harinya, awal pagi dah bangun. Perjalanan di teruskan ke Peak District. Tempat ni cantik gila Cuma jalan nak pergi tuh macam naik Cameron Highlands. Tapi tak singgah pun. Cuma lalu je, lepastu kami terus memandu ke Sheffield, tempat belajar Dira. Rupa-rupanya tempat Dira belajar best gila weh. Jalan kaki lima minit je, dah sampai town. Kat town dia heaven betul nak shopping. Ngeeeeee macam tak mau balik plak rasanya. Petang tu sebelum balik ke Manchester balik, singgah makan Nando’s yang halal (Dira kata lah). Perjalanan balik ke Manchester mengambil masa selama lebih kurang dua jam. Balik je bilik, semua dah kepenatan, semua cari katil dulu.
Third day in Manchester, dah nak balik ke London dah. Lepas hantar kereta sewa, terus ke Manchester Train Station, ambil train untuk balik ke Cheam.
24 Jun 2011
25 Jun 2011 (Sheffield)
26 Jun 2011
No comments:
Post a Comment