Sesampainya di apartment, perkara pertama, basuh muntot Dhia. Hish busuk betul budak nih suka berak rata-rata. Hihihi. Alhamdulilah Dhia dah ok selepas abang call ustaz suruh ubatkan Dhia. Lega hati tengok Dhia dah kembali normal. Hehehe... Tengok tv, makan kebab, gulek-gulek, tertidur jua akhirnya.
29 Jun, hari paling asyiiiiik sekali. Kami ke Oxford Circus, tempat shopping terulung sekali di London. Weh rambang mata den nak usha barang-barang. Lepas tu kami berpecah. Saya, Dira, Akmal kumpulan A, abang and Syeda kumpulan B, ibu, abah, Dhia kumpulan C. Hahahah. Kumpulan A dah tentulah masuk kedai-kedai remaja (remaja kah?). Sambil makan buah berry yang enak masam-manis. Kumpulan B ke kedai-kedai yang lebih tua, manakala kumpulan C berjalan-jalan di park (boring la weh). Sepanjang hari berada di Oxford Circus, malamnya baru kami pulang. Tapi kami si kumpulan A sempat merasa waffle Belgian Chocolate, perghhhh sumpah sedap nak mampos!!!
Balik je apartment, terpaksa packing barang-barang termasuk barang belian tadi, sebab besok dah nak pulang ke tanah air. Agak payah la nak packing sebab barang macam dah bertambah sekali ganda. Selit je mana yang ada. Last-last beg kelihatan gemuk macam dolfin. Malam terakhir di UK, tiada aktiviti pun. Masuk tidur awal sebab besok taxi datang pagi-pagi buta.
Keesokkan harinya, lepas dah siap-siap, turun je apartment, taxi dah sampai. Perjalanan ke Heathrow Airport lama jugak sebab jalan jem. Sampai tertidur-tidur dalam taxi. Sampai airport terus check in barang-barang, breakfast sikit, lepastu dah kena panggil untuk boarding. Sedey gila wehhh nak balik. Rasa macam baru semalam je sampai UK, harini dah nak kena balik. Yang membuatkan lagi sedey, ibu and Dira tak balik sama sebab takde tiket.
Bye-bye UK, semoga jumpa lagi. Hello Malaysia :)
29 Jun 2011 (Oxford Circus)