.more words than i had ever heard.

.more words than i had ever heard.

Friday, January 7, 2011

.minggu pancaroba.

*mata tgk buletin utama* hei ya! terkemut-kemut saya duduk depan tv gara-gara terasa nak b***k. tapi berjaya di kawal. tepuk tgn utk diri sendiri. kucar-kacir minggu pertama mula persekolahan@kuliah. annoying weh bila tiap-tiap 5 minit ada phone call dari faculty atau dari ketua bidang@bos, atau dari colleagues, sehingga kan kadang-kadang call dari rakan sebaya atau ahli keluarga juga terasa annoying. semua angkara minggu pertama. *diingatkan disini, saya bukan pelajar, saya pengajar* sebab itu agak busy dari yang lain-lain *tersengguk-sengguk melawan sleepy*. berjaya jugak lari dari semua itu seawal hari khamis. hey, kau ponteng ke? biasalah tu kan. :p subuh khamis di mulakan dengan panggilan sayu. hujan di pagi hari mengiringi pemergian seorang lagi hamba Allah SWT yang kita tak tahu samada sudah bersedia untuk menghadap munkar dan nakir atau tidak. tapi janji Allah itu tetap dan Dia tidak mungkir janji. jika ajal sampai di situ, maka pergilah beliau, walau hujung dunia sekalipun beliau sembunyi. Dia tidak kejam. Dia juga ada berjanji, jika baik hidupnya, maka baiklah ganjarannya. *huh seram sejuk* insaf dari langit ke lapisan bumi sewaktu berdepan sekujur tubuh yang berkafan putih, berkapur barus dan berkeranda. -__-" airmata menemani si mati. jerit pekik lah sekuat hati. bisikan doa juga yang di dengari. ajal maut itu pasti. kalau asyik melahirkan tanpa kematian, mampu ke bumi nak menampung umat? mampu ke bumi nak menanggung dosa dan khalwat? *mintak simpang bukanlah dari umat Muhamad SAW* okeh okeh cukup tazkirah. kau pakai seluar pendek sekarang, pura-pura mcm bertudung labuh pulak. cis! eh berita di tv tentang gadis disimbah asid. manusia ke apa bapak gadis itu? gadis cantik pula, bersama adik yang comel yang confirm boleh masuk iklan. eh eh ini lagi satu keajaiban dunia. lembu berkepala dua. hihihi (agak teruja). Raja Lawak 5 sudah bermula. top-up banyak-banyak ye untuk mengundi pilihan hati. jgn lupa setiap jumaat jam 9 malam, di Astro Prima, saluran 105. jgn gelak sampai mati. selamat berjaya semua~


ini untuk raja lawak satu, dua, tiga, empat, lima dan mungkin enam, tujuh, dan lapan.

No comments: