entry kali ini tiada kata-kata puitis. saya sudah tidak pandai berpuitis. sudah jadi bodoh agaknya *dari kerut seperti nenek tua*. mahu cerita tentang percutian terancang ke kota singa. rabu yg indah dicemari dengan si akmal org tua menyanyikan lagu Johor. Diam lah kau ini memekak saje. perjanjian melayu ini. kata pukul semilan, mcm biasalah kan. tup-tup eh dah semilan suku lah. kau org dah terlambat tp masih buat muka tidak bersalah. dendanya adalah belanja makan mee rebus lan janggut. perjalanan ke Johor mengambil masa lebih kurang lima jam setelah bercampur sekali dengan masa yang di buang di R&R. Sembang-sembang kosong orang-orang tua memang kadang kala meleret-leret seperti veil pengantin. Daftar masuk @ checked in di Hotel Grand Blue Wave. Wahhh mewahnya bilik hotel. Tetapi yang tak mewahnya, saya tidur di ruang tamu akibat kekurangan bilik. Cis! Bilik ada dua, tetamu ada tujuh. Master bedroom tentulah ibu dan abah. Bilik kedua di dominasi oleh abang, Syeda dan baby Dhia. nasib ada baby Dhia. Kalau tak, jgn harap boleh tidur di tilam empuk. Sudahnya, saya dan si akmal tidur di ruang tamu berlapikkan extra blanket yang berharga RM15 sehelai. Tak guna punya hotel mewah! Tuala lebih juga kena cas. Breakfast juga kena cas lebihan. Selesai rehat dan rawat, bergegas masuk ke kota singa. kesesakan yang telah dijangka di Woodlands. Vavi masa shopping semakin pendek ni. Perjalanan dimulakan dengan melawat tempat kerja abang di Bukit Batok *uhuk-uhuk*. Mata asyik tengok jam. Ayuh sudah pukul enam! Akhirnya tiba di Orchard Road jam tujuh. Abah bagi masa dua jam je utk membeli-belah secara bebas. hei mana cukup masa. Terkocoh-kocoh saya dan akmal lari-lari ke sana-sini mencari barang idaman hati. nasib tak di tegur *ini amazing race season baru ke?* Dah empat MNG saya masuk, tiada yg boleh menggoda jiwa pun. pada minit-minit terakhir sebelum masa dua jam tamat, akhirnya berjumpa dengan dua kemeja idaman di GUESS. Wah dollar pertama ku di labur disini. tak guna betul! Hey hey saya tak habis shopping lagilah. Jom balik kata abah. Terpaksa balik ke hotel. Eh tidaklah, rupanya ada rancangan sulit utk ke Mustafa and Samsuddin Centre. Hmm hmm pengalaman mkn megi tepi parking lot. Pengumuman penting: membeli-belah pada hari pertama, separa gagal! Ini sangat bukan saya (this is so not me). Hari kedua, pukul satu baru tiba Universal Studio Singapore. Rugi duit tiket yang mahal. main-main-main-makan-peluh-hujan-teruja-kagum-penat-lapar-panas terik-beli souvenir-balik hotel. Lagi sekali EH tidaklah. Ada sambungan kedua ke Mustafa and Samsuddin Centre. Kayalah kau Mustafa! tik-tok-tik-tok (ini bukan bunyi jam ok) ini bunyi jam baru Akmal yang di beli di Mustafa selepas merengek selama dua hari. Akhirnya, saya masih pulang dengan tgn kosong. Misi membeli-belah kedua, GAGAL BESAR (big loser). -__-" Pulang ke hotel mewah tp masih tidur berlantaikan blanket RM30 (sebab ambil dua blanket). Jumaat hari pulang ke rumah. Singgah di Pagoh, mkn tghari, sempat saya berkaraoke satu lagu Wali Band. Perjalanan pulang ke Shah Alam sangat sunyi (Semua sudah tertidur). Selamat sampai ke Laman Seri pukul lima kalau tak silap. Berebut mesin basuh utk cuci baju-baju busuk. Berebut ampai baju pula. Itulah kisah percutian terancang yang tidak menepati tentative. Harap-harap tiada yang menyesal mengikuti percutian tidak berbajet ini. ^__^
No comments:
Post a Comment